Tuesday, July 9, 2013

ke stadium

lama dah aku tak update belog kan... kalau dulu alasan busy boleh diterima sekarang da duduk rumah goyang kaki apa alasan nak bagi?? hehe.... biasala. malas. tak dapat dipisahkan lagi kalau waktu cuti menjelma. kalau tak cuti banyak idea nak tulis tapi tak sempat.. 

ok lah. nak cerita ni. baru-baru ni aku tgk bola dekat stadium.. peh!!!! best wa cakap sama lu.. sumpah nak pergi lagi. aku dapat rasa sendiri semangat kesukanan dan support yang tak penah putus dari penyokong JOHOR DARUL TAKZIM. of koz la kan... penyokong negeri lain wa tatau. dari mula sampai 90 minit tak henti-henti bersorak. aku yang tatau ape ni pun ikut jela. layan~~ sekarang da tau sikit2 lagu2 JDT.. banyak woo lagu2. yang paling best time player masuk padang mcam2 lagu yang dorang buat tok player c0ntoh lagu ala-ala dikir barat tuk awe, lagu modified apo kono eh jang untuk aidil dan banyak lagi la..

da la masa tu lawan selangor. so sebab tu aku mcm diam sikit tak havoc sangat. (pssssssss sebab aku sokong selangor jugak) dari kecik woo sokong selangor. dari zaman amri yahya tu muda sekarang da patut pencen da aku rasa tapi dia masih berbisa. dari zaman khalid jamlus. aku igat semua tu. yela. penyokong tegar selangor aku masa tu. tapi bila johor dah ada ni aku sokong johor. ale ale ale ale luaskan kuasamu johor ale ale ale ale.. tu je yang aku ingt.. 

kalau ade match lagi aku nak ke stadium. kali ni nak pergi dengan kawan plak. mesti best!

Saturday, June 29, 2013

berlapang dada

aku rasa dia dah bahagia sekarang. takpe la. aku doakan dari jauh. kali ni aku rasa tu jodoh dia. aku pun da takde rasa da dekat dia. walaupun masih jadi stalker sejati dia tapi takde apa yg aku rasa. cemburu sedih kecewa menyesal tu semua dah takde. dia bukan untuk aku. ok. setel.

sekarang aku mencari kebahagiaan untuk aku. aku pun tatau bila dekat mana dan mcm mana aku nak temukan bahagia tu. mungkin sekarang belum masanya. aku tak sedia. nak kata memilih, eh memilih ke? tapi haruslah memilih untuk kebahagiaan diri sendiri.

aku rasa masa aku kawen nanti kan kawan2 aku bawak anak dah berderet. oh gosh! takpe la. alhamdulillah. rezeki masing2 kan. lambat ke cepat ke tu semua dah ditentukan. redha. sekarang pun ramai kawan aku da kawen. ade yang dah nak bersalin da. alhamdulillah. happy for them.

aku ingat lagi dulu dorang selalu ramalkan aku yang kawen dulu. tapi tu semua meleset sama sekali. dorang yang kawen dulu. kita kan hanya mampu merancang. segalanya dah ditentukan.

p/s life with ur happiness.

im free

akhirnya masa yang ditunggu telah tiba. CUTI SEM!!!! woohooo~~ seronok giler bha. duduk rumah apa lagi mengemukkan badan la. nak keje memang tak la kan. tak sempat. yela. aku kena pergi kem selama 2 minggu. balik da puasa. lesen aku tak siap lagi. aku da malas nak tangguh-tangguh lagi lesen tu. tak sabar nak drift ni. orang lain da berzaman da ada lesen. aku baru berABC dengan pakcik JPJ tu haish. ni semua gara-gara aku gelakkan orang amik lesen sampai 3 kali. sekarang ni aku yang kena. chhoooyyyy!! padan muka aku kan.
tapi aku rasa kau kena kerja jugak la untuk menjana pendapatan bulanan aku. yela duit dkat bank tinggal bape sen je. nak cek baki pun segan. harap kad bank je banyak.. nak buat mcm mana. tuntutan kerja. aiceh! yela kerja sana dia pakai RHB. aku pon buat la rhb. kerja sini dia pakai affin. kena la buat affin. masuk u, pakai bank islam kena buat bank islam. dulu masa matrix dia mintak buat bsn aku buat bsn. dah tak terbela da duit2 dekat bank aku. errrrkkk! tapi ade ke duit. sedih. kesian.
insyaallah kalau sempat aku kena juga kerja. nak raya. banyak nak kena pakai duit.


Saturday, June 8, 2013

DEMI MASA

assalamualaikum. hello hello selamat petang. dengan cuaca yang nyaman damai dan aman ni yang macam nak hujan ditambah dengan mata aku yang dah kuyup-kuyup layu mintak ditutup ni aku amik keputusan nak update blog.kalau tak kompom aku tdo tah pukul bilanya aku bangun. ya Allah. isnin ni dah start exam.. agaagagagagagagga!!!! cuak bak hang. kenapa nak cuak. padan la dengan muka aku sebab tak gunakan masa study week ni dengan semanfaat yang boleh. aku amik deng je kan. ha!! sekarang tanggung la sendiri. sesungguhnya masa itu ibarat emas. dan jangan kita menjadi hamba kepada masa. tengok sekarang ni nak menyesal pun tak gunakan. dah terlambat!!! so, dengan saki baki ni aku kena la struggle mcm orang gila. oh sangat ohsem kan. aku yang mencipta kestressan untuk diri sendiri. *tunduk sedih*

bukan la aku tak study langsung masa study week ni study tapi tak seperti yang dirancang. dah buat jadual study bagai. tapi tak ikut pon. baik tak payah buatkan. tapi  walau macam mana pun nak jugak la bagi kredit dkt diri sendiri at least ada usaha yang dilakukan. kalau aku balik. peh!!!! jangan kan bukak buku, bukak beg nak cari buku pon belum tentu lagi. Alhamdulillah. sekurang-kurang ada improvement dalam diri aku. *tepuk bahu sendiri* 

so, sekarang selagi ada masa kena lah berusaha dengan sebaiknya sebab exam aku berturut dari isnin sampai lah ke jumaat. fuhhhhh!!! takde masa dah nak struggle masa tu.patutnya masa tu aku just selak-selak belek-belek balik apa yang patut utk ingatkan ingatan kembali. insyaallah sempat. dengan izin, insyaallah sempat.dan aku berharap jugak misi dan visi aku untuk sem ni tercapai. Amin~ mohon doa dari kalian jugak ye~

p/s : kepada rakan2 semua yang akan menghadapi exam, goodluck. semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat berkat dari-NYA.doakan untuk aku juga ok. xoxo~ bye. assalamualaikum.

Saturday, June 1, 2013

Diri Sendiri

3 minggu ni yang lalu aku hampir putus asa sampai rasa nak berhenti belajar. arrrghhhhhh!!!! dan aku tak perasan langsung perubahan yang berlaku dalam diri aku. ramai yang tanya kenapa dengan aku. kenapa aku senyap je. senyap ke aku? ada jugak yang terasa dengan aku. SUMPAH!!! aku tak berniat pun nak buat kawan2 aku terasa or pape la dgn aku. lagi2 dah dekat nak exam ni. mungkin disebabkan kecewa yang terlalu mendalam sehingga aku tak sedar aku dah tersakitkan hati kawan aku sendiri. aku mengalami tekanan perasaan yg kronik sepanjang minggu lepas dan sebelum-sebelumnya. senyap menyendiri dan tak nak jumpa sesiapa... kronik ke tu?? eerrrrrr whatever! agak kronik la dah kalau ramai yg terasa dgn perubahan diri aku. ini jalan yang aku pilih so aku kena la tanggung akibatnya. gagal dan berjaya seseorang adalah pilihan yang dibuat oleh individu itu sendiri. andai nak berjaya dia tahu apa yang perlu dia buat kan. aku???? apa pilihan yang aku dah buat dalam hidup aku sepanjang setahun berada di UM ni???? aku harap aku semaikin kuat dengan dugaan yang diberikan. aku cuba sedaya yang termampu. aku kena bertindak secara luar biasa dalam masa seminggu ni.  ada 2 tahun setengah je lagi. BERUBAHLAH wahai insan yang bernama syuhada~






Friday, May 10, 2013

Friends is like a star

assalamualaikum dan selamat pagi.
K.A.W.A.N aku percaya bahawa semua orang ada kawan. tapi kawan yang mcm mana korang ada? susah senang bersama? masa senang je ada or macam mana?
aku bersyukur kerana aku ada kawan2 yang memahami dan selalu memberi sokongan pada aku. THANKS ALLAH.
walaupun terpisah jauh beribu batu, aku di KL dia di sarawak tapi kami masih berhubung. sedangkan kawan yg ada depan mata sikit punya tak kesah. kadang kala rasa mcm aku nak pindah sarawak dan dia nak pindah belajar di KL. tapi nak buat mcm mana. itu semua tak mungkin terjadi dan berlaku. mungkin kalau kami berada di tempat yang sama kami takkan saling merindu sebegini. kan?? they were like a stars in my life. thanks for always being with me whatever happen.


Monday, April 29, 2013

PASRAH

hari ni malam ni aku mulakan post aku tanpa kata aluan. aku tak tau kenapa minggu ni aku rasa aku bukan seperti aku. jadi, siapakah aku pada minggu ni? karekter aku sungguh berbeza dari minggu2 dan yang sebelum-sebelum ni. aku seakan hilang punca dan diri aku yang sebenar. tak tahu kenapa jadi macam ni. aku tatau juga mana pucuk pangkal knapa aku jadi macam. penat brainstorming cari punca masalah sendiri. muhasabah diri. tunduk. nangis. mungkin disebabkan hubungan aku dengan pencipta aku jadi mcm ni. mungkin ada yang kurang di situ. im admit it. ye. sebagai manusia kadang-kala aku lalai alpa dan leka dengan dunia ni. tetapi alhamdulillah aku kembali sedar. terima kasih YA ALLAH.

bukan hubungan dengan pencipta je yang aku kena jaga. hubungan sesama manusia dan alam sekitar juga harus dijaga. hubungan dgn manusia? insyaAllah aku cuba topup mana yang kurang. cuba ubah diri. dengan alam sekitar? belum cukup usaha untuk itu. mungkin hidup aku lebih tenang kalau aku jaga hubungan dengan semua yang ada dilangit dan bumi. tapi aku tak mampu. cuba dan berusaha untuk menjadi yang terbaik.

mood : muhasabah diri.