Saturday, June 8, 2013

DEMI MASA

assalamualaikum. hello hello selamat petang. dengan cuaca yang nyaman damai dan aman ni yang macam nak hujan ditambah dengan mata aku yang dah kuyup-kuyup layu mintak ditutup ni aku amik keputusan nak update blog.kalau tak kompom aku tdo tah pukul bilanya aku bangun. ya Allah. isnin ni dah start exam.. agaagagagagagagga!!!! cuak bak hang. kenapa nak cuak. padan la dengan muka aku sebab tak gunakan masa study week ni dengan semanfaat yang boleh. aku amik deng je kan. ha!! sekarang tanggung la sendiri. sesungguhnya masa itu ibarat emas. dan jangan kita menjadi hamba kepada masa. tengok sekarang ni nak menyesal pun tak gunakan. dah terlambat!!! so, dengan saki baki ni aku kena la struggle mcm orang gila. oh sangat ohsem kan. aku yang mencipta kestressan untuk diri sendiri. *tunduk sedih*

bukan la aku tak study langsung masa study week ni study tapi tak seperti yang dirancang. dah buat jadual study bagai. tapi tak ikut pon. baik tak payah buatkan. tapi  walau macam mana pun nak jugak la bagi kredit dkt diri sendiri at least ada usaha yang dilakukan. kalau aku balik. peh!!!! jangan kan bukak buku, bukak beg nak cari buku pon belum tentu lagi. Alhamdulillah. sekurang-kurang ada improvement dalam diri aku. *tepuk bahu sendiri* 

so, sekarang selagi ada masa kena lah berusaha dengan sebaiknya sebab exam aku berturut dari isnin sampai lah ke jumaat. fuhhhhh!!! takde masa dah nak struggle masa tu.patutnya masa tu aku just selak-selak belek-belek balik apa yang patut utk ingatkan ingatan kembali. insyaallah sempat. dengan izin, insyaallah sempat.dan aku berharap jugak misi dan visi aku untuk sem ni tercapai. Amin~ mohon doa dari kalian jugak ye~

p/s : kepada rakan2 semua yang akan menghadapi exam, goodluck. semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat berkat dari-NYA.doakan untuk aku juga ok. xoxo~ bye. assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment