Friday, January 11, 2013

hai sweetie :))

semalam 10 JANUARY 2013 adalah hari yg paling sweet bagi aku dan kembar-kembar yg seangkatan denganku. tak kira lah berapa umur tu ok. malam tu kononnya nak tunggu detik tengah malam tapi tak larat. yelah exam la katakan. and unlucky  that day pon aku ada exam jugak. takpe la. tahun baru kena lah berkorban kan. moment yg paling aku sedih bila kawan2 tak wish besday. actually tak lah mengharap kan tapi.............................................

                                                                                                                                                                       

ok aku dah abes pikir. haha. semalam lepas je exam keluar je dr exam hall aku tak teragak-agak naik rapid bus pergi ke MIDVALLEY @ LEMBAH TENGAH untuk release tension. yelah paper LIFE PROCESS mcm !@$$^^*^*%. tatau nak ckp mcm mana. sekarang aku kena plan betul2 nak kena pilih elektif apa untuk sem depan. kena buat betul2 . aku rasa sem 1 ni aku hancur belebur!

dah sampai mid aku terus beli tiket wayang. cakap dengan IIKA aku nak tgk cter yg kelakar abes tak pon yg sedih giler2 supaya aku rasa puas dpt hilang kan stress. ok then kitaorang decide tgk cter PARENTAL GUIDANCE kelakar dan sedh cter tuh. awesome!!!! tak menyesal kalau korang tgk..

keluar wayang dgn mata sembab tudung basah sebab lelehan air mata yg deras akibat sedih terlampau. lepas tu ingat nak mkn tapi tak jadi sebab dah pukul 9 so balik je terus lagi pon dlm wayang da mkn fish and chip dan jugak popcorn beserta air fanta grape!!!! sangat kebulur masa tu. betul tak tipu. lepas cari seat duduk terus makan tak toleh kanan dan kiri. nampak tak sangat lapar..

balik kolej je mandi bila bukak pintu bilik oouuuhhhh!!!!!! ada burger special yg bertulis HAPPY BIRTHDAY HADA 21~ sangat tersentuh rasa nak nangis tapi airmata dah kering tgk wayang tadi. thanks roomie aku sayang korang! tak kesah walaupon burger sebiji yg penting korang wish thats enough for me~

*sweet sangat*



 *tadaaaaa~ surprise!*


*bersama roomie tercinta*

Thursday, January 3, 2013

perjuangan bermula!

perjuangan aku akan bermula pada hari ni. kalau roomate dan kawan2 aku yg lain mula semalam , aku baru nak mula hari ni. best plak tgk diorang relax2 je pagi ni. yg tak bgn tdo lagi pon ade. aku plak gelabah mcm mak indon nak kena bwk g balai polis. pagi ni aku exam english paper kau!! menjajau aku cari essay, grammer, thesis statement la bagai.
hai la mak! dah masuk u pon kena blajau english lagi. takpe lah kan english aku tak power sebab tu kena amik exam.

esok pon aku ade exam gak. mmg awesome! APK plak tu. its stand for ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN. aku dah seminggu baca buku tu tapi tak habis2. maaf lah lec ye. saya takde jiwa usahawan tu la yg lambat sikit nak abis tu.

tapi paling aku takut nak exam LIFE PROCESS, BIO ORGANISM and  BIOSTATISTIC. yela. bapak byk giler aku belum stdy lagi. *tu lah memain lagi. padan muka kau!*

ok lah korang. doakn aku dpt buat yg terbaik untuk my future ye. amin~

p/sss: azam aku kan tak nak bayar ptptn so kena ah buat yg terbaik. amin~ xoxo:)

Tuesday, January 1, 2013

welcome 2013

pejam celik pejam celik da masuk muncul 2013. aku rasa baru je masuk u buat tu baru nak buat ni tapi hakikatnya tu semua sebenarnya dah lama berlalu. aku ditipu oleh kalalaian kealpaan diri dan masa. rupanya dah 3 bulan aku menjalani kehidupan di u dan kini hari ni mulai pagi ni kehidupan baru bermula.
umur meningkat, hai tu yg paling aku tak boleh nak percaya. 21 beb!!!! aku pernah tny ibu, dia percaya tak yg dia ada anak dara yg umurnya nak mencecah 21. ibu kata dia percaya. what??? oh ibu. akk pon tak percaya yg akk da 21....

akk rasa mcm baru semalam lahir keluar dr perut ibu. eh tipu je. hehehhehe... rasa mcm baru semalam bergelak tawa pada usia remaja. kini aku dah masuk alam dewasa. oh tidak ku sangka. seperti biasa aku tak punya azam untuk ditunaikan kerana kalau ad pon aku lupa nak tunaikan. tak guna kan jadi manusia mcm ni. ada lah azam tu tp tak pernah amik pusing. tup tup je aku dah tunaikan. haaaa!!! mcm tu baru lah seronok kan..

ni gebang je lebih azam tu ni tapi tak buat pon.. ooppppsssss! maaf.. hehhee.. peace, aku berharap dgn kedatangan tahun baru ni aku pon akn menjadi baru sekali. mohon!!! semoga yg lepas aku jadikan pengajaran. insyaallah.. amin~ pray for that..

buat ibu ayah, akk berdoa semoga diberi kesihatan dan umur yg panjang buat ibu and ayah supaya dpt tgk lihat anak2 kamu yg bakal mengecapi kejayaan ni. insyaallah. terima kasih kerana telah mencurahkan kasih sayang da pergorbanan yg tlh dilakukan kamu selama 21 tahun buat driku. sayang ayah ibu ketat2 mampat2 erat2... muahhhhh!!!

hello 2013!!! please be nice with me ok. i hope 2013 will bring happiness and successful for me. pray for that.

p/s: azam aku tak nak bayar ptptn!!!! ok. inysaallah. aku akn dapatkan straight dekan. amin~