Monday, March 25, 2013

T.O.L.O.N.G

tolong wey, jangan libatkan aku sekali dengan dosa2 kau. dosa2 aku pun tak mampu aku nak tanggung sendiri ni pulak dosa kau. please!!!! jangan buat depan aku dan kami. aku tak tahan. kami dah tak tahan. sekarang ni kau berkuasa keatas dia dan dia berkuasa keatas kau. tiada sapa bole kacau. kan? itu prinsip kau kan. ok tak kesah! what ever. tapi ingat!!!! dekat dunia ni kau hidup dengan masyarakat bukan hidup ni kau yang punya. tolong respect others!!! nak kena aku kami dan yang lain2 merayu ke??? dah hilang ke sense of human kau? dah keras dah hati tu? dah tak kuasa lah nak mengadap muka dan perangai kau! kau buat dosa aku bertambah je sebab kutuk2 kau. please!!! ade otak pikir.

bahasa kasar. maaf!!!!!!

Monday, March 4, 2013

PUTUS

assalamualaikum.. setelah sekian lamanya aku menyepi dari berbelog-belog akhirnya kini pasti *nyanyi* aku kembali mengaktifkan kembali jari jemari yg semakin lama semakin bambam. banyak sebenarnya aku nak cerita tapi bila time aku nak post aku lupa apa yg sepatutnya aku nak post. *dah tua mungkin. faktor usia semakin lanjut*

PUTUS?? nak tau kenapa putus. aku bukan nak cakap pasal aku putus dgn someone or blablabla.......................................................  tak sambung mcm mana nak putus. hehe. tapi aku tatau la apa nasib aku hari ni. start dari pagi tadi. ok. aku excited bangun pepagi semata2 nak cop mesin basuh kononnya sebelum g kelas nak sidai lah nnti balik dr kelas boleh la terus lipat ke haper kan. ok dah genggam 2 ringgit duit syiling ni dengan senang hatinya aku masukkn baju2 aku dlm mesin tu lepas tu aku tinggal la g mandi and iron baju. dah kol 8 aku target dah siap la. ok. betul dah siap. seperti dlm jangkaan nak sidai tp harapan dan angan2 aku musnah. mesin tu rosak. wadehek!!!!!!!!!!!!!!!!!!! malas nak jahatkan mulut sebut yg bukan2 kan aku pindahkan la baju2 aku dlm baldi then rendam balik kelas nnti baru basuh.

ok lepas dari kuliah BIO CELL aku kena lari pergi department geology. jalan punya jalan campur dgn lari2 sikit , tetba aku rasa mcm tak sedap je kaki aku ni. bila aku berenti takde pape yg berlaku. bila aku nak start jalan balik ok kasut aku dah TERNGANGA BESAR!!! wadehek!!!! kasut putus plak. aku rasa mcm nak balik je sebb mood aku dah hilang nak blajar. tapi takpe la kata azam tahun baru kan. kena berubah! aku berubah!!! pergi jugak dgn sandal aku yg ternganga mcm buaya mintak makanan. dah berbunyi. kelepek kelepek.. stress tahu!!!!!! takpelah aku buat deng je!!!! sebaik kawan aku bawak selipar lebih. aku pinjam dulu selipar dia.
banyak dugaan aku hari ni. ALLAH sayang aku.. <3 sabar separuh dr iman.

Friday, January 11, 2013

hai sweetie :))

semalam 10 JANUARY 2013 adalah hari yg paling sweet bagi aku dan kembar-kembar yg seangkatan denganku. tak kira lah berapa umur tu ok. malam tu kononnya nak tunggu detik tengah malam tapi tak larat. yelah exam la katakan. and unlucky  that day pon aku ada exam jugak. takpe la. tahun baru kena lah berkorban kan. moment yg paling aku sedih bila kawan2 tak wish besday. actually tak lah mengharap kan tapi.............................................

                                                                                                                                                                       

ok aku dah abes pikir. haha. semalam lepas je exam keluar je dr exam hall aku tak teragak-agak naik rapid bus pergi ke MIDVALLEY @ LEMBAH TENGAH untuk release tension. yelah paper LIFE PROCESS mcm !@$$^^*^*%. tatau nak ckp mcm mana. sekarang aku kena plan betul2 nak kena pilih elektif apa untuk sem depan. kena buat betul2 . aku rasa sem 1 ni aku hancur belebur!

dah sampai mid aku terus beli tiket wayang. cakap dengan IIKA aku nak tgk cter yg kelakar abes tak pon yg sedih giler2 supaya aku rasa puas dpt hilang kan stress. ok then kitaorang decide tgk cter PARENTAL GUIDANCE kelakar dan sedh cter tuh. awesome!!!! tak menyesal kalau korang tgk..

keluar wayang dgn mata sembab tudung basah sebab lelehan air mata yg deras akibat sedih terlampau. lepas tu ingat nak mkn tapi tak jadi sebab dah pukul 9 so balik je terus lagi pon dlm wayang da mkn fish and chip dan jugak popcorn beserta air fanta grape!!!! sangat kebulur masa tu. betul tak tipu. lepas cari seat duduk terus makan tak toleh kanan dan kiri. nampak tak sangat lapar..

balik kolej je mandi bila bukak pintu bilik oouuuhhhh!!!!!! ada burger special yg bertulis HAPPY BIRTHDAY HADA 21~ sangat tersentuh rasa nak nangis tapi airmata dah kering tgk wayang tadi. thanks roomie aku sayang korang! tak kesah walaupon burger sebiji yg penting korang wish thats enough for me~

*sweet sangat*



 *tadaaaaa~ surprise!*


*bersama roomie tercinta*

Thursday, January 3, 2013

perjuangan bermula!

perjuangan aku akan bermula pada hari ni. kalau roomate dan kawan2 aku yg lain mula semalam , aku baru nak mula hari ni. best plak tgk diorang relax2 je pagi ni. yg tak bgn tdo lagi pon ade. aku plak gelabah mcm mak indon nak kena bwk g balai polis. pagi ni aku exam english paper kau!! menjajau aku cari essay, grammer, thesis statement la bagai.
hai la mak! dah masuk u pon kena blajau english lagi. takpe lah kan english aku tak power sebab tu kena amik exam.

esok pon aku ade exam gak. mmg awesome! APK plak tu. its stand for ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN. aku dah seminggu baca buku tu tapi tak habis2. maaf lah lec ye. saya takde jiwa usahawan tu la yg lambat sikit nak abis tu.

tapi paling aku takut nak exam LIFE PROCESS, BIO ORGANISM and  BIOSTATISTIC. yela. bapak byk giler aku belum stdy lagi. *tu lah memain lagi. padan muka kau!*

ok lah korang. doakn aku dpt buat yg terbaik untuk my future ye. amin~

p/sss: azam aku kan tak nak bayar ptptn so kena ah buat yg terbaik. amin~ xoxo:)

Tuesday, January 1, 2013

welcome 2013

pejam celik pejam celik da masuk muncul 2013. aku rasa baru je masuk u buat tu baru nak buat ni tapi hakikatnya tu semua sebenarnya dah lama berlalu. aku ditipu oleh kalalaian kealpaan diri dan masa. rupanya dah 3 bulan aku menjalani kehidupan di u dan kini hari ni mulai pagi ni kehidupan baru bermula.
umur meningkat, hai tu yg paling aku tak boleh nak percaya. 21 beb!!!! aku pernah tny ibu, dia percaya tak yg dia ada anak dara yg umurnya nak mencecah 21. ibu kata dia percaya. what??? oh ibu. akk pon tak percaya yg akk da 21....

akk rasa mcm baru semalam lahir keluar dr perut ibu. eh tipu je. hehehhehe... rasa mcm baru semalam bergelak tawa pada usia remaja. kini aku dah masuk alam dewasa. oh tidak ku sangka. seperti biasa aku tak punya azam untuk ditunaikan kerana kalau ad pon aku lupa nak tunaikan. tak guna kan jadi manusia mcm ni. ada lah azam tu tp tak pernah amik pusing. tup tup je aku dah tunaikan. haaaa!!! mcm tu baru lah seronok kan..

ni gebang je lebih azam tu ni tapi tak buat pon.. ooppppsssss! maaf.. hehhee.. peace, aku berharap dgn kedatangan tahun baru ni aku pon akn menjadi baru sekali. mohon!!! semoga yg lepas aku jadikan pengajaran. insyaallah.. amin~ pray for that..

buat ibu ayah, akk berdoa semoga diberi kesihatan dan umur yg panjang buat ibu and ayah supaya dpt tgk lihat anak2 kamu yg bakal mengecapi kejayaan ni. insyaallah. terima kasih kerana telah mencurahkan kasih sayang da pergorbanan yg tlh dilakukan kamu selama 21 tahun buat driku. sayang ayah ibu ketat2 mampat2 erat2... muahhhhh!!!

hello 2013!!! please be nice with me ok. i hope 2013 will bring happiness and successful for me. pray for that.

p/s: azam aku tak nak bayar ptptn!!!! ok. inysaallah. aku akn dapatkan straight dekan. amin~

Thursday, December 27, 2012

bukan study week

hai kawan-kawan. ok seperti yg sedia maklum para2 siswazah dan siswa siswi sekarang ni semua tgh stdy week kan. ye lah mana taknya minggu depan kan dah exam!

EXAM????

YA ALLAH, minggu stdy ni aku bukannya stdy. dok baring terdampar atas katil. tak sihat yo.. kawan2, sila jaga kesihatan anda ye, jgn jadi mcm saya, rajin2 la hafal buat latihan baca selak dan segala yg berkaitan.

p/s : semoga berjaya xoxo:)

Saturday, December 22, 2012

dubu2 & the hobbit

arrrggghhhhhh!!!! terasa nak jerit kuat2 tapi tak mampu. nak pergi gua lepas tu jerit. mesti jadi kuat kan. plus siap bergema lagi.. arrghhh arrghhh argghhh~ hahahaha... (tak kelakar pon)

ppsssttttttt.. entri aku kali ni saje je nak bg korang jeles. dubu2? what is that?? ala... restaurant makann korea la u ollsss.... sedap tau.. harga?? haaaa... dah tau mesti nak tny harga dulu kan sebenarnya. haha.. boleh lah.. around rm15 dan keatas. tapi untuk student2 mcm kita ni boleh la mkn 2 bulan sekali. haha.. kalau tak hujung bulan kopak koyak poket kau! 

for the first tyme aku makan cheese toppoki , pa jeon and peach tea. ika kawan aku mkn beef bulgogi and citron. boleh tahan la sedap. ada lah aura2 korea tu kan. first makanan yg sampai adlh cheese toppoki. dia bg chopstick. aku pandang ika. ika pandang aku. then kita orang 2 orang pandang jiran sebelah menyebelah tiru gaya pgg chopstick mcm mana. sumpah malu!!!! (tutup muka). then kuatkn semangat jugak mkn pkai chopstick tu. berjaya tau. sampai makanan yg lain aku mulah lah berlagak. almaklum la dah pandai mkn guna chopstick kn. tak pandang dah sudu. 

then. kitaoang pergi tgk movie the hobbit and the unexpected journey, yeah!!! mula2 aku rasa hambar je. yela sebab aku bukan jenis kaki movie. aku tak suka tgk wayang. sekian harap maklum. aku ingt nak tido tp malangnya tak dpt sebab tengkuk aku sakit akibat dpt seat dpn. jadi zirafah aku gn member2 lain.

* this is beef bulgogi. yummy~ air liur meleleh*

 *budak berlagak dah pndai pkai chopstick*

 *pa jeon. aku sarankan jgn la order yg ni. mcm tak berbaloi wlaupon sdp. seyes, wa ckp lu!*

 *hanis my coursemate*

 *lupa nak cter aku mkn ice cream italian ni kau! sedap*

 *muka budak ghairah makn ice cream.dia ni hantu ice cream*

 *the hobbit*

 *menggoda tak kami. auw auw~*



P/s: sekarang kitaorang tgh stdy hard and smart untuk final exam. doakn ye. xoxo :)